ALUAN GURU BESAR

  • Home
  • ALUAN GURU BESAR

 

PERUTUSAN GURU BESAR SA Al ISLAHIYAH (RENDAH)

 

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بِسمِ اللهِ الرَّحمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah. Segala pujian milik Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan selamat datang serta terima kasih  kepada semua pengunjung laman web ini.

Dengan adanya laman web ini diharapkan dapat memberi  informasi berkaitan sekolah ini kepada semua pengunjung di samping dapat mewujudkan medium komunikasi berkesan antara murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, bekas pelajar, masyarakat umum, pejabat pelajaran dan kementerian pelajaran. Pengunjung juga akan dapat mengikuti maklumat terkini berkaitan perkembangan sekolah seperti aktiviti murid, program-program sekolah, PIBG, badan kebajikan guru dan takwim sepanjang tahun.

Jadikanlah web ini sebagai wadah untuk kita berkongsi maklumat. Saya mengalu-alukan cadangan, idea dan komen untuk tujuan penambahbaikan dari semua pengunjung.

Saya yakin dan penuh percaya dengan kerjasama padu dari semua warga sekolah serta sokongan padu ibubapa serta Jabatan Pelajaran,  program sekolah akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

 

“AKHLAK DIBINA KECEMERLANGAN DIJANA”

HJ. RAMZI BIN L. YAAKOB

Guru Besar,

SA Al Islahiyah (Rendah),

Bohor Mali, 02700 Simpang Empat, Perlis.