SEJARAH SAIR

photo sair sek

Sekolah Agama Al Islahiyah (Rendah) atau SAIR yang dulunya dikenali sebagai Sekolah  Rendah Agama  Al  Islahiah atau SRAI telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994 dengan mewujudkan sebuah kelas  35 orang murid Tahun 1, dan ditadbir urus oleh seorang Pemangku Guru Besar dan 2 orang guru. Pada awal penubuhannya sekolah kelas ini menumpang sebuah bilik di SM Agama Al Islahiyah dan kemudiannya menggunakan keseluruhan bangunan sekolah tersebut apabila murid semakin bertambah pada tahun 1997.

Seterusnya pada 1 Januari 2006, sekolah ini ditawarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berstatus Sekolah Agama Bantuan Modal dibawah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada 10 Mac 2008, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang dibina oleh pihak Kerajaan ditanah wakaf milik sekolah. Dengan adanya bangunan yang dilengkapi Makmal Komputer, Bilik Sains, Pusat Sumber Sekolah serta pelbagai kemudahan lain, maka sekolah ini dapat memberi keperluan kepada murid untuk belajar dalam persekitaran yang lebih kondusif.